Friday, February 4, 2011

3hb Disember 2010

Tajuknya 3hb Disember 2010. Kenapa? Apa pun genap setahun blog ini tidak di update dengan post yang baru. Cuba lah anda renung gambar yang diuploadkan ini.
Gambar ini diambil pada petang tarikh yang menjadi tajuk post kali ini. Adakah anda percaya dengan kata orang tua-tua berkenaan dengan peristiwa tertentu apabila berlaku fenomena seperti ini di langit?

Pada petang hari tersebut, melihat ke langit sedikit dirasakan keganjilan apabila melihat awan kemerah-merahan. Lalu diambilnya handphone untuk merakam fenomena ini. Disamping itu bertanya ibuku kenapa awan nampak lain petang ini? Tiada jawapan yang terkeluar dari mulutnya.

Tetapi, pada penghujung waktu maghrib menghampiri awal isyak datanglah jiran kerumah bertanyakan sesuatu berita. Pada masa itu hujan renyai-renyai. Biasalah kan bulan disember ni musin tengkujuh kalau di kawasan Pantai Timur. Pertanyaan jiran memeranjatkan kami sekeluarga. Seorang insan yang dikenali bernama Yusop telah pulang ke Rahmatullah pada petang itu kerana kemalangan di jalan utama. Tiada lagi Yusop driver kereta galor.

Doakanlah beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang mulia insyaAllah. Sedikit persoalan yang timbul, bolehkan dipercayai awan yang kemerah-merahan pada petang itu menjadi petanda kepada kejadian yang meragut nyawa seseorang? Hanyalah sekadar renungan. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts