Wednesday, March 11, 2009

Bukit Jelutong Sebagai Kawasan Rekriasi

Kg. Jelutong ini dulunya ada terdapat daya tarikannya tersendiri kerana mempunyai satu kawasan yang dijadikan tempat perkemahan. Tetapi entah apa silapnya ia sudah ditinggalkan dan tidak lagi dijadikan tempat riadah seperti dahulunya. Di pingir kampung ini terdapat sebuah bukit yang dimanakan Bukit Jelutong. Dulunya bukit yang tidaklah terlalu tinggi ini dan memang sesuai untuk dijadikan kawasan perkemahan dan selalu diadakan aktiviti perkemahan pelajar-pelajar yang menyertai pengakap. Tetapi sekarang ini ia telah dibiarkan sepi dan segala infranstruktur yang telah dibina sebelum ini telah reput dan runtuh dimakan usia. Apakah silapnya?


Pada pandangan penulis, kawasan Bukit Jelutong ini masih lagi boleh dibangunkan untuk dijadikan kawasan rekriasi seperti sebelum ini. Kedudukannya tidaklah jauh dari jalan utama dan juga tidaklah jauh dari kolam air panas yang mana pada pandangan saya boleh difikirkan aktiviti yang sesuai untuk dilakukan sekiranya kawasan Bukit Jelutong ini dijadikan kawasan perkemahan seperti dahulu.

Pada pengamatan penulis, mengapa kawasan ini dibiarkan sepi dan tidak lagi dijadikan kawasan perkemahan adalah kerana tiada kemudahan sumber air bersih. Tetapi sebelum ini telah ada usaha untuk membekalkan kemudahan air paip ke kawasan perkemahan tersebut. Tetapi malangnya usaha yang dilakukan tidak seperti yang dirancangkan kerana terdapat masalah teknikal yang membantutkan usaha tersebut. Penyambungan paip air telah sampai ke destinasi tetapi apabila pili dibuka airnya tidak pula kunjung tiba. Ini berlaku bertahun-tahun dahulu. Munkin sekarang tidak lagi kerana penambahbaikan yang telah dilakukan pihak Air Kelantan tidak memunkinkan perkara tersebut berlaku lagi. Tetapi ruginya, segala kelengkapan yang disediakan dahulu entah kemana hilangnya. Ada yang dimakan usia dan ada yang dilarikan oleh makhluk yang bergelar manusia.

Sekiranya masih ada lagi peruntukan dari pihak kerajaan tidak kiralah dari kerajaan negeri mahupun pusat, untuk membangunkan kawasan seperti ini dan saya rasa amat sesuai jika kasawan Bukit Jelutong ini dibangunkan semula dan tidak dipinggirkan. Kawasannya adalah amat berpotensi dan mempunyai market velue yang tinggi untuk pembangunan cuma yang diperlukan adalah sumber kewangan dan pengurusan yang telus untuk menjadikannya suatu tempat yang menarik.

Akan tetapi, kebelakangan ini telah ada usaha pembangunan yang dilakukan di sebelah barat kawan tersebut. Menurut mulut-mulut yang bercakap, projek itu diilhamkan oleh Y.B. Zulkifle yang memegang kawasan dun Pulai Chondong. Penulis tidak dapat menghuraikan apakah rancangan yang dilakukan kerana belum kesempatan ke sana untuk melihat sendiri keadaan tempat tersebut. Dari jauh di suatu sudut kampung Jelutong dapat dilihat bumbung bangunan yang telah didirikan di kawasan berkenaan. Menurut cakap-cakap penduduk berdekatan, pembinaan tersebut untuk kem Khidmat Negara. Betul atau tidak cerita tersebut tidak dapat penulis pastikan kena ia hanya buah mulut penduduk dan tidak dari orang-orang yang bekenaan.

Harapan penulis hanya satu, pembangunan sesuatu kawasan itu hendaklah untuk kebaikan semua dan memberi manfaat serta Ianya diharapkan bukan untuk kepentingan diri sendiri dan tidak mendatangkan faedah serta bukan untuk pembaziran.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts