Tuesday, February 10, 2009

Sumber Ekonomi Sampingan Kg. Jelutong

Sebelum ini, pernah saya tulis berkenaan antara sumber ekonomi utama penduduk Kg. Jelutong ini. Bagi menambah pendapatan mereka, beberapa pekerjaan sampingan lain dilakukan disamping kegiatan utama seperti menoreh getah dan bersawah. Mengusahakan ternakan seperti lembu, ikan dan ayam merupakan antara kegiatan lain yang dilakukan dan merupakan sumber pendapatan sampingan disamping yang utama.

Kebanyakannya, setiap penduduknya (tidak semua) ada memelihara lembu sekadar sampingan dan belum ada lagi yang memjalankannya secara komersil. Ternakan ini adalah sampingan yang mana contohnya seperti lembu, kebiasaannya akan dijual ketika memerlukan kemudahan kewangan segera. Ada yang menternak untuk kegunaan korban pada hari raya Aidiladha dan begitu juga untuk kegunaan kenduri. Usaha untuk menternak dengan lebih berskala besar mungkin susah kerana keluasan tanah pada saya adalah terhad. Walau bagaimana pun, penambahbaikan untuk aktiviti menternak lembu ini telah ada usaha untuk meningkatkan ke tahap yang lebih baik. Ini dimana telah ada usaha mereka membawa masuk baka lembu yang lebih baik dan munkin bernilai lebih tinggi.

Sunday, February 8, 2009

Antara Tempat Warga Kg. Jelutong Berhijrah

Warga Kg. Jelutong kebanyakannya berhijrah untuk mencari sumber ekonomi bagi menyara hidup sendiri dan keluarga di kampung. Di bawah ini akan saya sertakan map google kawasan tinggalnya warga Kg. Jelutong yang pernah saya lawati.

Sumber Ekonomi Kg. Jelutong

Kg. Jelutong ini yang dikelilingi daripada ladang-ladang getah dan sawah-sawah padi dan ini telah dapat dilihat akan aktiviti sember ekonomi penduduk kampungnya. Dua kegiatan utama penduduk kampung ini iaitu mengusahakan ladang getah iaitu sebagai penoreh getah dan megusahakan sawah iaitu menanam padi. Kedua-dua pekerjaan ini adalah rutin penduduk kampung ini untuk pusingan setiap tahun. Ini kerana, waktu kemarau ataupun musim tidak mengalami terlalu banyak taburan hujan, penduduknya kebiasaan akan pergi menoreh getah sebagai sumber pendapatan mereka dari hasil jualan getah.

Manakala tanaman padi pula dilakukan setelah hampir datangnya musim tengkujuh iaitu misim hujan. Apabila datangnya musim untuk menanam padi, penduduknya tidak lagi ke kebun getah untuk menoreh kerana pada masa ini hujan akan kerap turun dan ia tidak lagi sesuai untuk menorah getah. Kebiasaannya di waktu ini, hari-hari yang mengizinkan pendudunya menoreh getah adalah jarang-jarang kerana pekok getah yang basah tidak menizinkan untuk kegiatan menoreh kerana hasil susunya nanti tidak dapat dikumpul kerana dilimpahi air dari hujan yang turun. Bagi tanaman padi pula, kebiasaan diusahakan oleh golongan tua dan yang mana sudah tidak mampu untuk mengusahakan sawah, mereka menyewakan tanah mereka kepada orang lain untuk diusahakan.

Suatu ketika dahulu tanaman padi adalah sumber beras utama penduduk di kampung ini tetapi sejak kebelakangan ini, entah apa yang telah berlaku menyebabkan hasil tanaman padi ini terus telah dijual dan para petani pula membeli beras di kedai untuk keperluan keluarga. Jika dahulu hasil tanaman padi disimpan untuk bekalan setahun sehingga sampai musim padi akan datang, tetapi kini tiada lagi seperti ini. Sudah tiada lagi kedengaran padi usang. Sudah tiada lagi juga aktiviti menjemur padi untuk dihatar ke tempat mesen untuk menjadikan padi kepada beras. Pengusaha mesen-mesen ini kebanyaknnya sudah tidak beroperasi lagi.

Begitu juga dengan perubahan-perubaan yang berlaku pada ketika ini telah menjadikan penghasilan padi juga sudah tidak lagi produktif seperti waktu sebelumnya. Mengikut pemerhatian saya, kemerosotan penghasilan padi yang dihadapi pada ketika ini adalah kerana kesukaran untuk mendapat sumber air keperluan tanaman. Ini munkin kerana telah berkurangnya pusat tadahan air yang membekalkan air untuk keperluan sawah. Antaranya munkin dengan diterokanya oleh pihak Felcra untuk tanaman kelapa sawit telah mengurangkan kawasan tadahan air tersebut.

Selain itu, perubahan alam juga tidak dinafikan menjadi faktor menyebabkan kurangnya penghasilan padi. Dasar kerajaan juga pada pandangan saya merupakan suatu faktor yang menjadikan aktiviti penanaman padi di sini tidak menjadi. Kalau dulu padai ditanam untuk keperluan sara hidup sendiri tetapi sekarang dia ditanam untuk dijual. Untungkah petani untuk menjual hasil padi yang ditanam ini atau sekadar untuk mendapat untung dari subsidi kerajaan sediakan jika padi dijual kepada Bernas? Ataupun petani di sini selesa dengan menjualnya walaupun hasilnya makin lama makin tidak seberapa.

Selain itu ada lagi yang saya rasakan adalah punca yang mendorong kepada faktor merosotnya penghasilan padi padi. Jika kita bertanyakan berkenaan penaman padi pada penduduk kampung ini, sudah tentu ia berkait rapat dengan Pertubuhan Peladang yang mana melaui mereka bekalan baja disalurkan dan juga rancangan-rancangan berkaitan penanaman padi dijalankan seperti penanaman padi berkelompok. Begitu juga yang mana dulunya padi ditanam hanya sekali setahun tetapi munkin kerana untuk menambah hasil agar lagi produktif ia ditanam dua kali setahun. Apa yang saya lihat, sejak dimulakan penanaman dua kali setahun ini telah menjadikan ia lagi tidak menjadi. Entah apa idea yang dicadangkan oleh Pertubuhan Peladang ini.

Satu perjara lagi berkaitan dengan pertubuhan peladang ini, pentadbiran yang saya rasakan ia tidak sesuai dan tidak betul ataupun berlakunya penyelewangan dan berlakunya korupsi di dalamnya juga antara faktor memberi kesan kepada pengeluaran padi. Tanpa kajian dijalankan terlebih dahulu untuk melaksanakan tanaman dua kali setahun yang mana adakah kawasan ini sesuai atau tidak yang hanya mereka tahu bekalan baja, racun dan sebagainya perlu dapatkan dari pertubuhan itu. Sehinggakan ada yang saya dengar, petani terhutang dengan pihak peladang kerana hasil jualan padi hanya seciput cukup makan sahaja. Tetapi bagusnya boleh pula petani ini berhutang banyak-banyak dengan pertubuhan? Pihak pertubuhan, wang siapakah yang kamu gunakan itu? Jika wang itu untuk kegunaan semua, uruslah dengan seeloknya untuk kegunaan yang subaiknya. Tanpa air padi tak akan menjadi.

Antara lainnya selain daripada faktor air dan sebagainya tadi, kos untuk sebelum penanaman dan juga selepas penanaman memberi kesan kepada petani untuk menusahakan tanaman padi ini. Kalau dulu hanya kos menbajak, baja dan racun sahaja perlu difikirkan. akan tetapi pada masa kini, selain dari kos tersebut kos seperti menuai dengan jentera, kos mengangkut padi ke kilang dan munkin ada lagi kos-kos sampingan lain perlu difikirkan oleh petani. Ini juga mungkin salah satu penyebab mengapa penanaman padi makin kurang sambutan dikalangan penduduknya yang mana kita dapat lihat kos adalah terlalu banyak dan hasilnya pula tidak semestinya banyak. Inilah juga munkin menyebabkan petani terhutang dengan pihak-pihak tertentu.

Berkenaan dengan ladang getah pula, tiada kerenah yang dapat diperkatakan dan ia kini adalah sumber pendapatan utama penduduk kampung. Penduduk kampung sudah jarang yang mengusahakan sawah dan hanya tumpu kepada kerja menoreh getah. Cuma hanya satu yang memberi kesan kepada penoreh adalah harga getah yang tidak menetu. Walau bagaimana pun penduduk kampung ini, mereka sentiasa berusaha dan berusaha untuk mengubah hidup mereka agar menjadi lebih baik dan semakin baik dari hari sebelumnya.

Popular Posts