Sebelum ini, pernah saya tulis berkenaan antara sumber ekonomi utama penduduk Kg. Jelutong ini. Bagi menambah pendapatan mereka, beberapa pekerjaan sampingan lain dilakukan disamping kegiatan utama seperti menoreh getah dan bersawah. Mengusahakan ternakan seperti lembu, ikan dan ayam merupakan antara kegiatan lain yang dilakukan dan merupakan sumber pendapatan sampingan disamping yang utama.
Kebanyakannya, setiap penduduknya (tidak semua) ada memelihara lembu sekadar sampingan dan belum ada lagi yang memjalankannya secara komersil. Ternakan ini adalah sampingan yang mana contohnya seperti lembu, kebiasaannya akan dijual ketika memerlukan kemudahan kewangan segera. Ada yang menternak untuk kegunaan korban pada hari raya Aidiladha dan begitu juga untuk kegunaan kenduri. Usaha untuk menternak dengan lebih berskala besar mungkin susah kerana keluasan tanah pada saya adalah terhad. Walau bagaimana pun, penambahbaikan untuk aktiviti menternak lembu ini telah ada usaha untuk meningkatkan ke tahap yang lebih baik. Ini dimana telah ada usaha mereka membawa masuk baka lembu yang lebih baik dan munkin bernilai lebih tinggi.
Selain lembu, ternakan ikan juga ada diusahakan oleh penduduk kampung ini dengan mengusahakan ternakan ikan di dalam kolam. Walau bagaimana pun, pada permulaannya dahulu ia amat baik tetapi kebelakangan ini kolam ini dibiarkan lesu tanpa ada penghasilan. Entah dimana silapnya kegiatan ini terbantut dan munkin tanpa membiarkan kolam itu daripada terbiar, dipelihara juga ikan sekadar untuk kepuasan dan keperluan keluarga sahaja dan tidak untuk penghasilan secara komersil seperti pada awal kegiatan ini dijalankan. Pada pandangan saya, ia mungkin boleh diperbaiki untuk mengembalikan penghasilan ternakan ikan air tawar.
Usaha yang menyeluruh adalah perlu dimana rancangan pengurusan seharusnya dirancang dengan perancangan yang teliti terlebih dahulu dimana untuk menetukan halatujunya. Menternak sahaja tetapi pasaran tidak dicari maka mana mungkin kegiatan ini berdaya untuk hidup. Pada saya jika modal ada setiap orang boleh menternak tetapi untuk memasar hasilnya agak sukar jika tiada kajian mahupun pasarannya dicari untuk memasarkan produk yang dihasilkan. Walau apapun perancangan yang lebih tersusun adalah diperlukan untuk mejadikan sesuatu perusahan mahupun suatu projek itu berjaya.
Menternak ayam juga mengalami, mengalami revolusi seperti menternak ikan yang mana di kampung ini ia dipelopori oleh orang yang sama. Perjalanan kegiatan ini sama berlakunya seperti ternakan ikan air tawar yang diusahakannya. Apa yang saya perhatikan mungkin faktor usia pengusaha dan tiada pelapis untuk mengusahakannya adalah faktor ia menjadi semakin dipinggirkan. Apapun di sini adalah antara kegiatan-kegiatan sampingan yang dijalankan oleh penduduk kampung ini. Mungkin kehadiran pelabur ataupun usaha penambahbaikan dengan usaha yang mungkin boleh membantu perusahaan ini untuk digiatkan semula agar bernafas semula bagi mejadi sumber pendapatan untuk penduduk kampung ini. Selamat maju jaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Tajuknya 3hb Disember 2010. Kenapa? Apa pun genap setahun blog ini tidak di update dengan post yang baru. Cuba lah anda renung gambar yang d...
-
Kg. Jelutong ini dulunya ada terdapat daya tarikannya tersendiri kerana mempunyai satu kawasan yang dijadikan tempat perkemahan. Tetapi ent...
-
Kg. Jelutong adalah sebuah kampung antara sebahagian daripada kampung-kampung yang berada di bawah mukim Tok Bak yang terletak di dalam ja...
-
Di suatu petang, ketika sedang asyik memancing bersama kawan-kawan memancing di sungai, hujan mula merintik turun. Tanda-tanda untuk turun d...
-
Menjadi lumrah alam pada musim tengkujuh negeri-negeri di Pantai Timur dilanda Bah. Kg. Jelutong dan kampung sekitarnya tidak terkecuali. In...
-
Warga Kg. Jelutong kebanyakannya berhijrah untuk mencari sumber ekonomi bagi menyara hidup sendiri dan keluarga di kampung. Di bawah ini aka...
-
Sebelum ini, pernah saya tulis berkenaan antara sumber ekonomi utama penduduk Kg. Jelutong ini. Bagi menambah pendapatan mereka, beberapa pe...
-
Kg. Jelutong ini yang dikelilingi daripada ladang-ladang getah dan sawah-sawah padi dan ini telah dapat dilihat akan aktiviti sember ekonom...
No comments:
Post a Comment