Tajuknya 3hb Disember 2010. Kenapa? Apa pun genap setahun blog ini tidak di update dengan post yang baru. Cuba lah anda renung gambar yang diuploadkan ini.
Kg. Jelutong
18500 Machang Kelantan Darul Naim Malaysia
Friday, February 4, 2011
Friday, November 13, 2009
Bah Melanda Pada 06.11.2009
Menjadi lumrah alam pada musim tengkujuh negeri-negeri di Pantai Timur dilanda Bah. Kg. Jelutong dan kampung sekitarnya tidak terkecuali. Inilah antara gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.
Air melimpahi jalan
Tuesday, May 19, 2009
Keindahan Alam Ketika Memancing Ikan
Di suatu petang, ketika sedang asyik memancing bersama kawan-kawan memancing di sungai, hujan mula merintik turun. Tanda-tanda untuk turun dengan lebat tidak dirasai kerana hujan yang agak lebat telah turun diawal petangnya. Kehadiran gerimis di waktu senja ini telah menzahirkan kekuasaan Allah Yang Esa. Sungguh indah pemandangan di kaki bukit dengan kehadiran pelangi. Terpegun kami dengan keindahan kejadian ciptaan Tuhan.
Wednesday, March 11, 2009
Bukit Jelutong Sebagai Kawasan Rekriasi
Kg. Jelutong ini dulunya ada terdapat daya tarikannya tersendiri kerana mempunyai satu kawasan yang dijadikan tempat perkemahan. Tetapi entah apa silapnya ia sudah ditinggalkan dan tidak lagi dijadikan tempat riadah seperti dahulunya. Di pingir kampung ini terdapat sebuah bukit yang dimanakan Bukit Jelutong. Dulunya bukit yang tidaklah terlalu tinggi ini dan memang sesuai untuk dijadikan kawasan perkemahan dan selalu diadakan aktiviti perkemahan pelajar-pelajar yang menyertai pengakap. Tetapi sekarang ini ia telah dibiarkan sepi dan segala infranstruktur yang telah dibina sebelum ini telah reput dan runtuh dimakan usia. Apakah silapnya?
Tuesday, February 10, 2009
Sumber Ekonomi Sampingan Kg. Jelutong
Sebelum ini, pernah saya tulis berkenaan antara sumber ekonomi utama penduduk Kg. Jelutong ini. Bagi menambah pendapatan mereka, beberapa pekerjaan sampingan lain dilakukan disamping kegiatan utama seperti menoreh getah dan bersawah. Mengusahakan ternakan seperti lembu, ikan dan ayam merupakan antara kegiatan lain yang dilakukan dan merupakan sumber pendapatan sampingan disamping yang utama.
Kebanyakannya, setiap penduduknya (tidak semua) ada memelihara lembu sekadar sampingan dan belum ada lagi yang memjalankannya secara komersil. Ternakan ini adalah sampingan yang mana contohnya seperti lembu, kebiasaannya akan dijual ketika memerlukan kemudahan kewangan segera. Ada yang menternak untuk kegunaan korban pada hari raya Aidiladha dan begitu juga untuk kegunaan kenduri. Usaha untuk menternak dengan lebih berskala besar mungkin susah kerana keluasan tanah pada saya adalah terhad. Walau bagaimana pun, penambahbaikan untuk aktiviti menternak lembu ini telah ada usaha untuk meningkatkan ke tahap yang lebih baik. Ini dimana telah ada usaha mereka membawa masuk baka lembu yang lebih baik dan munkin bernilai lebih tinggi.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Tajuknya 3hb Disember 2010. Kenapa? Apa pun genap setahun blog ini tidak di update dengan post yang baru. Cuba lah anda renung gambar yang d...
-
Kg. Jelutong ini dulunya ada terdapat daya tarikannya tersendiri kerana mempunyai satu kawasan yang dijadikan tempat perkemahan. Tetapi ent...
-
Kg. Jelutong adalah sebuah kampung antara sebahagian daripada kampung-kampung yang berada di bawah mukim Tok Bak yang terletak di dalam ja...
-
Di suatu petang, ketika sedang asyik memancing bersama kawan-kawan memancing di sungai, hujan mula merintik turun. Tanda-tanda untuk turun d...
-
Menjadi lumrah alam pada musim tengkujuh negeri-negeri di Pantai Timur dilanda Bah. Kg. Jelutong dan kampung sekitarnya tidak terkecuali. In...
-
Warga Kg. Jelutong kebanyakannya berhijrah untuk mencari sumber ekonomi bagi menyara hidup sendiri dan keluarga di kampung. Di bawah ini aka...
-
Sebelum ini, pernah saya tulis berkenaan antara sumber ekonomi utama penduduk Kg. Jelutong ini. Bagi menambah pendapatan mereka, beberapa pe...
-
Kg. Jelutong ini yang dikelilingi daripada ladang-ladang getah dan sawah-sawah padi dan ini telah dapat dilihat akan aktiviti sember ekonom...